Seperti kita sedia maklum sebelum ini, koleksi perabot permainan terbaharu IKEA bakal ditawarkan buat peminat permainan digital di Malaysia pada 11 November ini. Gandingan kedua-dua syarikat terkemuka ini sedia membawakan pengalaman permainan anda ke tahap yang lebih baik sekaligus boleh meningkatkan prestasi sewaktu sesi permainan kelak.

Sebanyak 5 famili produk yang bakal ditawarkan UPPSPEL, LÅNESPELARE, MATCHSPEL, UTESPELARE dan HUVUDSPELARE. Untuk pengetahuan semua, produk UPPSPEL merupakan hasil kerjasama IKEA dan ROG sementera famili produk yang lain-lain pula dibangunkan oleh IKEA dengan inspirasi daripada ROG sendiri.

Sumber Gambar: IKEA Gaming

Menurut IKEA, sekitar 10 produk yang bakal ditawarkan dan kesemua kerusi dan meja dibawah IKEA Gaming hadir dengan sokongan jaminan selama tiga tahun. Berikut merupakan senarai produk bersama harga yang ditawarkan pada kali ini.

  • MATCHSPEL gaming chair – RM699
  • UTESPELARE gaming chair – RM499
  • HUVUDSPELARE gaming chair – RM299
  • UPPSPEL gaming desk – RM2299 (L140cm), RM2499 (L180cm)
  • UTESPLARE gaming desk – RM499
  • FREDDE gaming desk – RM999
  • LÅNESPELARE mouse bungee – RM49
  • LÅNAESPELARE headset stand – RM79
  • LÅNAESPELARE mug holder – RM49
  • LÅNAESPELARE mug with lid and straw – RM30

Malahan, IKEA juga mengatakan para pembeli bakal dihadkan kepada 2 unit perabot dan 3 unit aksesori sahaja dalam satu pembelian yang akan bermula pada 11 November sehingga 13 November di IKEA.

Sumber Gambar: IKEA Gaming

Dalam masa yang sama, ahli IKEA Family turut berpeluang menebus kemeja-T ROG edisi terhad dengan pembelian minimum sebanyak RM500 dalam satu resit pembelian perabot tersebut di gedung IKEA kelak. Perlu diingatkan kemeja-T ROG ini hanya terhad kepada 100 ahli pertama sementara stok masih tersedia.

Buat anda yang ingin menambah perabot baharu atau menukar rekaan dalaman ruangan permainan dengan perabot IKEA Gaming, bolehlah melihat sejumlah penawaran penawaran produk IKEA ini mulai 11 November kelak. Manakala pembelian dalam talian boleh dibuat menerusi laman rasmi IKEA Malaysia pada 14 November nanti.

Ketahui juga jenama Bauhette yang menawarkan pelbagai jenis barangan gaya hidup permainan yang membuatkan anda teruja untuk melihatnya.

Bauhette Lancar Tilam ‘Gaming’ Dengan Harga Serendah RM1,068 Sahaja

Gaming Bed Ini Direka Khas Untuk ‘Gamers’ Yang Malas Bergerak

Sumber